PETUA MASAKAN

MENCUCI KERANG DENGAN MUDAH

Supaya mudah mencuci kerang, masukkan hampas kelapa bersama kerang didalam besen dan gaulkan bersama sedikit air. Tunggu beberapa ketika dan hasilnya kerang tadi akan bersih dan putih.


JEMPUT2 SENTIASA LEMBUT

Bancuh adunan jemput-jemput dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Hasilnya jemput-jemput anda akan sentiasa lembut, walaupun setelah ianya sejuk.

 
MENGHILANGKAN PAHIT PERIA

Untuk menghilangkan pahit peria, cuba potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, toskan dan sedia untuk dimasak.


IKAN TIDAK MELEKAT DI KUALI

Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat lagi.


TAUHU TIDAK MELEKAT DI KUALI

Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.


MEMBERSIHKAN PERUT LEMBU

Untuk memutihkan perut lembu, rendam dan gaulkannya dengan bancuhan kapur sirih berserta rincikan daun pisang atau daun lalang. Lakukan beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.
 
SANTAN TIDAK BERBAU DAN TAHAN LEBIH LAMA

Bagi puan yang bekerja atau suri rumah mungkin bermasalah apabila santan  diperah terlebih banyak. Untuk memastikan ia tidak berbau dan tahan lama masukkan dua/tiga cili padi kedalam santan dan simpan di dalam peti sejuk,  insya-Allah santan tidak berbau dan tahan lama
 
SEGARKAN TAUGEH

Taugeh akan menjadi segar walaupun berhari-hari sekiranya anda mencampurkan  perahan air limau nipis ke dalam air tempat anda merendamkan taugeh. Tetapi  pastikan anda menukar airnya setiap hari.
 
HILANGKAN BAU DI TEMPAT PAPAN PEMOTONG

Adakalanya kita menghadapi masalah unutk menghilang bau hanyir pada papan pemotong. Ambil sebiji limau nipis & kemudian di potong dua. Sapukan  limau tersebut pada permukaan papan pemotong. Hasilnya bau yang terdapat pada papan pemotong akan hilang.

 
MASAKAN TERMASIN

Untuk mengatasi masalah ini, cubalah beberapa petua yang dicadangkan ini :-
  1. Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit.
  2. Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.
  3. Potong dua atau tiga biji kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin. Setelah kentang itu lembut, keluarkannya semula.

Masakan kampung...besss



Asam Pedas Tumis (Melaka)

Bahan-bahan:
ikan serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo melaka(sebelah merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan parang 
7/8 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
sebesar ibu jari kaki belacan 
kunyit hidup sebesar ibu jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk) 
air asam jawa 
cili yang telah diblander(dapat yang digiling lebih sedap) 
2 sudu besar kerisik(kelapa goreng) 
sedikit halba 
sedikit halia (sebesar separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana. 
garam secukup rasa 
perasa ajinomoto jika suka.

Cara memasak: 
  1. Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk lumat. 
  2. kemudian masukkan bwg merah ...tumbuk separuh lumat...masukkan belacan tumbukkan juga. 
  3. Panaskan periuk dan minyak untuk menumis. 
  4. Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji)tak boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau wanginya. 
  5. Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi.kacau. 
  6. Masukkan cili yang telah diblander(7/8 sudu besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin tu)kkacau sebati masukkan kerisik. 
  7. Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat sambal)atau cili berubah warna sedikit merah hitam. 
  8. Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan. 
  9. Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah. 
  10. Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat)atau dihiris halus. 
  11. Didihkan kuah...masukkan garam dan perasa. 

Tips : 
Masak asam sebenarnya rasa asam(masam kuahnya) dengan pedasnya mestilah seimbang.Ikannya mesti segar. Gunalah ikan parang next time guna ikan lain...rasalah bezanya anda akan tahu....Tumisan lada dan bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit) jika tak tak sedap.....mustahil x sedap...tetap sedap

Masakan India



Resepi Masakan Kari Ayam India

Bahan
  • 1 ekor ayam potong menjadi 12, lumuri dengan 2 butir air jeruk nipis
  • 2 buah bawang bombay diiris halus
  • 4 butir cengkih
  • 4 cm jahe dimemarkan
  • 2 buah kapolaga
  • 3 cm kayu manis
  • 1/2 sdt jintan
  • 1/2 sdt merica bubuk
  • 1 buah pekak (bunga lawang)
  • 1 sdt ketumbar halus
  • 2 buah tomat diiris halus
  • 4 gelas santan dari 1 butir kelapa
  • 3 lembar daun salam
  • 1 ruas jari laos
  • 3 batang sereh
  • garam sesuai selera
  • 5 buah cabe merah
  • 2 cm kunyit / haluskan bersama
  • 1 siung bawang putih
  • 4 butir kemiri
Cara Membuat Masakan Kari Ayam :
  1. Tumis bumbu yang sudah dihaluskan bersama bumbu-bumbu lainnya dengan minyak sampai harum, masukkan ayam. Lalu masak sampai matang.
  2. Setelah keluar minyak, masukkan santan, beri garam dan gula sedikit, masak kembali sampai kuah agak mengental, angkat.
  3. Hidangkan bersama roti jala atau roti biasa...sedapppp

masakan cina

Resepi Udang Goreng Tepung

Bahan-bahan
500 gram udang
1 butir telur, kocok
2 sendok makan tepung maizena
1/4 sendok teh merica bubuk
1 cm jahe, parut
1/4 sendok teh garam
1/4 sendok teh bumbu penyedap

Cara Memasak:

Campur udang dengan jahe, biarkan 10 menit, tiriskan.

Campur tepung maizena, garam, merica bubuk, dan bumbu penyedap, aduk hingga rata.

Celupkan udang pada telur kocok, gulingkan pada campuran tepung maizena tadi, lalu celupkan pada telur, dan gulingkan dalam campuran tepung lagi.

Goreng dalam minyak panas hingga matang dan kecoklatan, tiriskan.

Hidangkan bersama-sama dengan saus tomato atau sambal pedas ( botol)..
selamat mencuba 

resepi masakan

Resepi Udang masak kari

Bahan-bahan:

500gm udang
5 ulas bawang merah - tumbuk/hiris halus
2 ulas bawang putih - tumbuk/hiris halus
2cm halia - diketuk atau dimayang halus
1 tangkai daun kari
4 sudu serbuk kari ikan
1/2 cawan santan pekat
1 biji buah
tomato - potong 6
Garam dan gula secukup rasa
minyak masak untukenumis


cara Penyediaan:

Panaskan minyak masak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau dan kekuningan.

Masukkan daun dan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis sehiingga terbit minyak.

Masukkan sedikit air dan udang diikkuti santan pekat. Perasakan dengan garam dan gula.

Akhir sekali masukkan buah tomato. Biarkan seminit dan tutupa api.

Sedia untuk dihidangkan.